TERKINI : Cadangan E-Bazar Ramadan – Dr Noor Hisham

Bazar Ramadan yang dianjurkan setiap tahun dilihat tidak lagi boleh dijadikan tradisi tahun ini susulan penyebaran wabak Covid-19 kerana dikhuatiri tidak membantu untuk memutuskan rantaian virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan pembelian makanan dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh diteruskan dalam bulan puasa dengan memperkenalkan E-Bazar Ramadan.