Orang ramai dinasihatkan berhatai-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Namun, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika tidak ada sambungan PKP selepas 14 April ini, maka Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu bagi menentukan sama ada bazar Ramadan itu boleh diteruskan atau tidak.

“Sebelum ini menyatakan bazar Ramadan akan diteruskan hanya merupakan cadangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tetapi mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini telah memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi,

“Bagaimanapun, jika PKP ditamatkan, maka seperti saya sebut, pihak MKN akan menyediakan SOP selepas PKP dan akan tentukan kaedahnya,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Mengenai ada laporan mendakwa pekerja warga asing tidak ada makanan berikutan PKP, Ismail Sabri berkata, Malaysia adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Katanya, sesiapa sahaja yang berada dalam negara ini akan dibantu, tetapi kerajaan bersetuju bahawa setiap kedutaan negara asing berkenaan mesti mengambil tanggungjawab memastikan rakyat mereka mendapat bantuan sewajarnya sepanjang tempoh PKP.

“Mereka perlu melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah jika terdapat warga mereka di daerah berkenaan, dan jika di Kuala Lumpur, mereka boleh hubungi Pusat Pengurusan Krisis (CMC) bawah kawal selia DBKL.

“Semua maklum bahawa warga asing adalah di bawah tanggungjawab kedutaan mereka. Kita hanya akan membantu dari segi pengurusan, pemberian makanan. Kita tidak izinkan rakyat mereka kelaparan,”tegasnya.

Beliau turut menyentuh mengenai proses sanitasi awam, yang katanya, sejak 27 Mac lalu sehingga semalam, sebanyak 371 kawasan telah dinyah cemar. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kesihatan Rakyat lebih penting daripada Bazar Ramadhan, menurut jurucakap WHO kesemua aktiviti atau upacara yang melibatkan berkumpulan harus ditangguhkan Untuk kebaikan bersama.

    Doa lindungi penyakit covid19
    Bismillah
    Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam. selawat dan salam ke atas semulia mulia para nabi dan rasul dan ke atas keluarga dan sahabat kesemuanya.

    1 wahai tuhan kami. Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kpd kami nescaya menjadika lah kami dari org org yg rugi.

    2 sesungguhnya tiada tuhan (yg dpt menolong) melainkan engkau ya Allah. maha suci engkau. Sesungguhnya kami adalah drp org org yg menganiaya diri sendiri.

    3 wahai tuhan kami. Jadikan ini negeri ini yg aman sentosa. Dan berikan rezeki dari berbagai jenis buah buahan kpd penduduknya.

    4 wahai tuhan kami. Kurniakanlah kami rahmat dari sisi mu dan berilah kemudahan kemudahan serta pimpinan kpd kami utk keselamatan ugama kami.

    5 kami berlindung dgn kalimah Allah yg sempurna drp segala keburukan yg Allah SWT cipta.

    6 ya Allah kami memohon kpd mu keselamatan di dunia dan di akhirat.

    7 ya Allah kami berlindung dgn mu drp penyakit sopak. Gila. Kusta. Dan penyakit penyakit yg buruk.

    8 dgn nama Allah yg dgn namanya tidak ada satu pun yg dpt memberi kemudaratan di bumi mahu pun di langit. Dia lah yg mendengar lagi maha mengetahui.

    9 ya Allah. Jauhkan kami drp kemungkaran akhlak (akhlak akhlak yg keji) mengikut hawa nafsu. Keadaan yg buruk dan penyakit yg berbahaya.

    10 ya Allah. Sesungguhnya kami memohon kpd mu seluruh kebaikan yg segera (dunia) dan yg lambat (akhirat) kebaikan yg kami ketahui dan yg tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kpd mu dari segala keburukan yg segera (dunia) dan yg lambat (akhirat) yg kami ketahui dan yg tidak kami ketahui.

    11 kami berlindung kpd keagungan dan kekuasaan mu. Dari keburukan yg kami dapati dan kami takuti.

    12. Ya Allah sesungguhnya kami memohon kpd mu kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allh sesungguhnyakami memohon kpd mu kemafaan dan kesejahteraan terhadap agama kami. Dunia kami. Keluarga kami. Dan harta benda kami. Ya Allah tutupilah aurat/keaiban kami dan ampunkan kami dari rasa takut. Ya Allah jagalah kami dari arah hadapan kami. Belakang kami. Kanan kami. Kiri kami dan atas kami serta kami berlindung dgn keagungan mu drp terkena musibah dari arah bawah.

    13 ya Allah. Ini penyakit wabak (covid19) tentera dari tentera tentera mu maka hindarkan lah ia dari kami semua. Dari pasangan kami. Dari zuriat kami. Dari kedua ibu bapa kami. Dari saudara mara kami. Dari kawan kawan kami dan negara kami khususnya. Dan dari negara Islam am nya. Wahai engkau yg maha tinggi lagi maha mulia.

    14 maha suci tuhan kami yg mempunyai keperkasaan dari apa yg mereka katakan dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul dan segala puji bagi Allah tuhan seru sekelian alam.

Comments are closed.