Pengamal media di Hungary risau undang-undang Coronavirus digunakan untuk penjarakan mereka.

BUDAPEST – Para pengamal media tempatan di Hungary mula bimbang akan dipenjarakan kerajaan itu di bawah undang-undang koronavirus.

Ini kerana, undang-undang yang digubal untuk memerangi pandemik maut itu akan digunakan untuk menyekat liputan media sepanjang krisis kesihatan.

Garis panduan itu yang mula dikuatkuasakan sejak Isnin lalu telah dikritik hebat kerana disalahgunakan oleh Perdana Menteri, Viktor Orbán

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara lebih lima tahun terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu sepanjang pandemik.

Para wartawan di Hungary mendakwa undang-undang baharu itu bertujuan untuk menafikan para pengamal media mengakses maklumat berkaitan Covid-19.

Seorang wartawan akhbar mingguan Hungary, Csaba Lukacs mendakwa sejak Akta Covid-19 diluluskan awal minggu ini, terdapat peningkatan kebimbangan kononnya mereka akan disumbat dalam penjara sekiranya menyebarkan berita palsu.

“Kami pun takut dan risau akan berdepan lebih banyak saman yang akan menolak kami dalam situasi kewangan kritikal nanti,” katanya.- MalaysiaGazette