Orang ramai kelihatan bersesak membeli barang keperluan asas di dalam sebuah kedai tidak mematuhi gesaan kerajaan untuk penjarakan sosial berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Langkah selamat yang diambil oleh pasar-pasar raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ketika ini sememangnya satu tindakan wajar dalam usaha mengawal penularan Covid-19.

Daripada memeriksa suhu badan, menyuruh pengunjung menggunakan topeng muka serta memastikan pelanggan menggunakan cecair pembasmi kuman atau memakai sarung tangan, ia merupakan langkah berjaga-jaga yang perlu diikuti.

Perkara paling penting yang perlu diberikan perhatian ialah penjarakan sosial antara satu sama lain dan ia sering diperingatkan menerusi pengumuman di kebanyakan pasar raya.

Bagaimanapun Tinjauan MalaysiaGazette di beberapa kedai runcit milik warga Aceh di Ampang mendapati, arahan pejarakan sosial tidak dipatuhi.

Orang ramai kelihatan bersesak membeli barang keperluan asas di dalam sebuah kedai tidak mematuhi gesaan kerajaan untuk penjarakan sosial berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 APRIL 2020

Sama ada perkara itu berlaku ekoran tidak ada pemantauan atau sengaja diambil mudah oleh pengunjung atau pemilik kedai sendiri yang mungkin merasakan perkara-perkara seperti itu tidak penting.

Berdasarkan pemerhatian, keadaan kedai runcit yang sempit dengan ruang yang terhad menyebabkan pengunjung terpaksa berhimpit-himpit untuk memilih barang dan ketika membuat pembayaran di kaunter.

Orang ramai kelihatan bersesak membeli barang keperluan asas di dalam sebuah kedai tidak mematuhi gesaan kerajaan untuk penjarakan sosial berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 APRIL 2020.

Walaupun rata-rata pembeli dan penjaga kaunter kedai Aceh memakai topeng muka namun adakah ia sudah mencukupi?

Mereka masing terdedah kepada bahaya penularan Covid-19 dengan mudah jika tidak menjaga penjarakan sosial.

Malah, terdapat juga kedai runcit yang turut memaparkan papan tanda pemberitahuan mengenai jarak antara individu namun semua itu seolah-olah hanya sekadar perhiasan terutama ketika waktu pagi di mana ramai pengunjung.

Seorang suri rumah, Mawarti Heri, 31, mengakui bimbang dengan keadaan berasak-asak seperti itu namun mengambil langkah sendiri untuk menjarakkan dirinya dengan orang lain ketika hendak berada di dalam kedai.

Suri rumah, Mawarti Md Heri bercakap kepada media selepas membeli barangan keperluan asas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 APRIL 2020.

Katanya, kedai runcit Aceh semangnya menjadi pilihan ekoran jarak kediamannya dengan pasar raya besar yang agak jauh.

“Kedai runcit ini dekat dengan rumah saya jadi ia memang pilihan untuk membeli barang. Lagipun pasar raya jauh dan jaraknya pula lebih 10 kilometer,” katanya.

Nazri Baharuddin, 33, pula mencadangkan agar ada pemantauan dilakukan oleh pihak yang berkenaan di kedai-kedai runcit Aceh.

Katanya, perkara itu penting kerana hanya dengan meletakkan pihak yang sepatutnya orang ramai akan mematuhi kerana wujud ketakutan pada diri mereka.

“Memang wajar kalau ada pihak yang pantau kedai-kedai runcit, jika tidak orang ramai akan buat sambil lewa sahaja. Maklumlah penyakit ini kita tak nampak itu mereka tak mahu hiraukan perkara yang penting,” ujarnya.

Hishamsol Abd Hamid, 52, bersetuju dengan cadangan itu dan berpendapat, tidak adanya ketegasan oleh pemilik kedai untuk memastikan penjarakkan sosial antara individu di kedai mereka menyebabkan aspek keselamatan diri tidak diambil berat oleh pengunjung mereka.

Jurujual, Hishamsol Abd Hamid bercakap kepada media selepas membeli barangan keperluan asas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 APRIL 2020.

Ujarnya, beliau berpandangan agar kedai-kedai runcit Aceh dipantau sekurang-kurangnya oleh pihak Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang akan berperanan untuk memastikan pengunjung atau pemilik kedai mematuhi arahan pihak kerajaan.

“Saya setuju jika kedai runcit ini dipantau. Kadang kala saya lihat ramai yang berasak-asak di dalam kedai. Kalau perkara seperti jarak antara individu ini tidak dipatuhi bagaimana pula kita boleh mencegah wabak ini daripada tidak merebak,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang penjaga kaunter di sebuah kedai runcit Aceh, Saifullah Amin, 56, mendakwa, dia akan memastikan pelanggan yang masuk ke kedainya tidak melebihi tiga orang.

Peruncit, Saifullah Amin bercakap kepada media selepas membeli barangan keperluan asas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 APRIL 2020.

“Memang kita jaga, kita tak benarkan orang ramai masuk. Kita tak mahu orang berhimpit-himpit dalam kedai. Kalau orang terlalu ramai, kita akan pastikan pelanggan yang baru sampai tunggu di luar, sementara pelanggan yang berurusan lebih awal keluar dari kedai,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tutup trus je, bkn di sna je, tempat kami di sg buloh pun sama.. Harap pihak bkuasa pntau kedai2 warga asing ni.. Jgn biar dia org besr kpla.. Pkerja pun kosong.. Klu blh haram kn kedai2 warga asing yg tidak ikut undang2 mlysia.. Mlysia terlalu bg muka sgt kat puak2 warga asing miskin ni.. Tu yg besr kpla tu..

Comments are closed.