Anggota Polis Diraja Malaysia dan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat sekatan jalan walaupun dalam hujan lebat susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 di Lebuhraya Damansara-Puchong, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 27 MAC 2020

LANGKAWI – Tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menghina polis di Facebook mengundang padah apabila ditahan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Polis Padang Matsirat pada 3.10 petang.

“Lelaki itu telah memuat naik status dan gambar di Facebook kononnya anggota daripada Unit Polis Pelancong Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi yang melaksanakan tugas pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang rehat dan lepak di sebuah gerai di Pantai Chenang tengah hari tadi.

“Dakwaan lelaki itu tidak berasas kerana semasa gambar itu dirakam, anggota terlibat sedang duduk makan tengah hari setelah tiga jam melakukan rondaan dan berjalan kaki di kawasan pantai itu,” katanya hari ini.

Mohd Iqbal berkata suspek juga didapati melanggar perintah PKP dengan berada di tempat berkenaan tanpa alasan munasabah.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

— BERNAMA

 

4 Komen

  1. Support whatever it’s takes for our own goods… We peoples need to understand what’s going on if we want the situation come back like before..come on guys.. thank all the frontliners..Smg Allah merahmati kalian semua..

  2. Tula.. Fitnah orang lagi.. Kan dah kena angkut. Tanggung la akibatnya. Bodoh tak bertebing..

  3. HAKAM jgn cuba pertikaikan tindakan penguatkuasaan undang undang yg berjalan skrg di bawah cengkaman virus covid19. Kalau ini pun HAKAM nk Persoalkan x taulah. Saya jelaskan kt sini MALAYSIA negara berperlembagaan dan kedaulatan undang undang TERANG DAN BERSULUH meminta rakyatnya menghormati sebahagian dari prinsip2 negara. Dont compromise dalam bab kuasa undang undang kerana susur jalur nya bertunjangkan kekerasan dan ketegasan di dalam mentadbir undang undang. Tanpa. Unsur unsur ini tiada gunanya lagi disebut undang undang.. Rakyat usahh lah risau bila nnti didalam membuat keputusan mahkamah barulah kes diperhaluskan pula nilai nilai hidup dan sebab dorongan kpd kesalahan tersebut. Saya tegaskan yang inilah dinamakan pertimbangan kpd hukuman yg diperuntukkan kpd kesalahan tu.

  4. Belajarlah jadi manusia yg tahu erti bersyukur walaupun ramai manusia sudah lupa bersyukur . Brterima kasih lah pada mereka yg siang malam bertugas dibarisan paling depan dgn risiko demi untuk kita ..

Comments are closed.