Masih banyak kenderaan ketika polis membuat pemeriksaaan dan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan Wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Selayang Baru-Templer, Gombak. foto AFIQ RAZALI, 04 APRIL 2020

SELURUH negara bersungguh-sungguh mahu menamatkan perang dengan Covid-19. Perdana Menteri, Menteri Kanan Pertahanan, dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa henti menyeru, memperingat dan memberi statistik terkini berkaitan wabak itu.

Terima kasih juga kepada barisan hadapan negara khususnya kakitangan KKM, pasukan keselamatan iaitu PDRM, ATM, RELA, BOMBA serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Pujian juga harus diberikan kepada rakyat prihatin, kepimpinan parti politik, pusat zakat, pemimpin masyarakat dan serta NGOs yang terus menyalurkan bantuan makanan kepada rakyat yang memerlukan.

Namun, kesungguhan mereka di barisan hadapan dan rakyat yang patuh arahan PKP bagai dipersenda oleh mereka yang degil, biadap dan tidak bertanggungjawab.

Lokap, Denda atau Penjara

Apa yang meresahkan hati rakyat kebanyakkan ialah sikap dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagaikan tidak memberi kesan besar malah pihak penguatkuasa bagai dipersenda.

Kepenatan pihak berkuasa menjalankan tugas yang pada asasnya pasti mengundang ketegasan mereka khususnya terhadap yang degil dan biadap telah membawa mereka kepada siasatan dan mungkin dikenakan tindakan disiplin pula.

Benar kita mahu mendidik masyarakat kita menjadi masyarakat sivil iaitu iaitu mematuhi undang-undang tanpa dipaksa tetapi lebih kepada kesedaran mereka sendiri.

Persoalannya berjayakah pendekatan tersebut sedangkan selama ini kita tidak membina masyarakat kita dengan sistem nilai-nilai baik yang jelas, bahkan kita boleh lihat sistem kita lebih kepada meraikan mereka yang cemerlang angka bukan cemerlang nilai dan budi bahasa.

Kesan daripada kegagalan sistem nilai tersebut telah membuatkan mereka yang degil terus degil dan berani menipu pihak berkuasa tanpa berasa malu. Berbagai-bagai helah digunakan.

Malahan kepada yang biadap dan mempunyai kewangan kukuh tidak bimbang dengan undang-undang negara kerana mereka boleh membayar denda yang dikenakan.

Manakala kepada yang tidak mampu untuk membayar denda telah mendatangkan masalah lain kepada negara pula di mana kerajaan terpaksa menanggung kos mereka ketika dalam lokap dan penjara.

Apakah Isyarat Sebenar Ingin Disampaikan?

Persoalannya apakah isyarat sebenar yang ingin kerajaan berikan kepada rakyat khususnya apabila membawa pasukan ATM bersama dalam PKP.

Menggerakkan aset-aset tentera sebenarnya memberi keyakinan kepada rakyat betapa seriusnya kerajaan dalam memerangi Covid-19.

Namun apa yang jelas, peranan ATM bagaikan tidak lebih daripada memberi sokongan kepada pasukan Polis dalam operasi sekatan jalanan. Kegerunan yang sepatutnya aura utama ATM bagaikan hilang kerana pendekatan yang diambil masih ‘lembut’.

Negara hari ini dalam krisis iaitu dalam separa darurat. Adakah negara mempunyai banyak masa untuk terus melayan kerenah mereka yang degil.

Seluruh rakyat kini resah, mereka mahu sesegera mungkin perang Covid-19 ini berakhir kerana mereka mahu kembali bekerja dan kepada pelajar kembali ke sekolah atau ke universiti.

Ramai juga yang susah dan terputus bekalan makanan mahu segera bekerja ketana mereka amat bimbang jika lebih lama PKP mungkin lebih ramai yang akan hilang pekerjaan.

Ketegasan Kerajaan Diperlukan

Untuk itu, adalah diharapkan kerajaan tidak hanya bercakap mahu mengambil tindakan keras sahaja tetapi membuktikannya. Fasa kedua PKP mesti mampu menewaskan Covid-19.

Lihat balik perundangan, jika tiada klausa membolehkan kekerasan diambil, contohnya merotan, maka luluskan kuasa tersebut agar pasukan penguatkuasa boleh bertindak tegas dengan mereka yang degil dan biadap.

Rakyat tidak gembira melihat mereka yang degil didenda kerana denda boleh dibayar oleh yang berkemampuan.

Rakyat mahu melihat arahan kerajaan, pasukan PDRM dan ATM dihormati dan digeruni oleh rakyat.

Jika tidak lebih baik pasukan sukarelawan sahaja melakukan kerja membuat sekatan iaitu bukan penguatkuasaan tetapi lebih kepada penasihatan.

Mohon kerajaan dan pihak berwajib melihat teguran ini dari sudut positif dalam usaha bersama kita memerangi Covid-19.

Teruskan perjuanganmu rakyat Malaysia. Walau setelah mana kita, jangan sesekali kita berputus asa. Negara dan rakyat kita, tanggungjawab kita bersama. – MalaysiaGazette

Penulis adalah Professor Pengurusan Strategik, UUM

 

4 Komen

  1. Bersekolah bermula dri tadika hingga tamat menengah dn dipeloma saterus nya ijazah pertama itu peringkat pembelajaran di negara kita…seta di asuh oleh org tua hingga remaja tp saperti kata pepatah dlm satandan kelapa dlm satandan pisang pasti ada yg x sama apa yg berlaku ada lah kehenda ngo2 rotan x bleh denda di larang dari darjah 1 hingga menengah…lepas tu petugas2 keselamatan x bleh bekasar dri awal hingga lah masuk penjara…. Tanya balek siapa punya kehendak ni .

  2. Harap kerajaan bagi kebenaran pd polis dan tentera untuk mnggunakan kekerasan yg sewajar nya untuk mendisik rakyat patuh arahan PKP ni….. Usah berlembut lagi

  3. Kenapa golongan degil ini masih ada…sebab tindakan mereka ini di lindungi oleh beberapa NGO-NGO bodoh yg di pengaruhi oleh parti politik tertentu yg hanya mahu meraih sokongan dari golongan rakyat yg kepala otaknya di penuhi kebodohan..badan hak asasi kemanusian juga kepala otak yg bodoh sebab hanya melihat seorang dua yg di kasari oleh petugas keselamatan…tapi adakah badan hak asasi ini memikir kan hak jutaan rakyat yg mematuhi perlaksanaan pkp ini..manusia yg bodoh dalan badan hak asasi kemanusian ini lah yg merosakan kerdiabiliti pasukan2 keselamatan yg menjalankan tugas.

Comments are closed.