Siasatan jenayah dimulakan ke atas kapal layar di Sydney yang menurunkan penumpang berpenyakit di ibu kota itu.

SYDNEY – Satu siasatan jenayah telah dimulakan ke atas sebuah kapal persiaran di Australia yang dibenarkan berlabuh dan penumpangnya memasuki Sydney walaupun ada dalam kalangan mereka menunjukkan simptom Covid-19, iaitu selsema.

Lebih 600 penumpang kapal persiaran, Ruby Princess didapati positif Covid-19 dan 10 orang telah meninggal dunia.

Kapal persiaran itu masih berada di luar pesisir pantai dan 200 orang krew masih sakit.

Polis New South Wales berkata, mereka akan menyiasat sama ada undang-undang negara itu telah dicabul.

Setakat ini Australia merekodkan 5,548 kes Covid-19 manakala 30 orang meninggal dunia akibat pandemik itu. – MalaysiaGazette