TERKINI : 4 Lagi Kes Kematian, Jumlah Meningkat kepada 61 Kes Setakat Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan empat kematian pesakit positif Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) hari ini.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 61 kes setakat ini Bercakap kepada media dalam sidang media harian di sini, Dr Noor Hisham berkata, kematian ke-58 merupakan kes ke-2210 merupakan lelaki tempatan berusia 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.