Lawatan khas ahli keluarga kepada penghuni semoa sambutan Hari Krismas ditetapkan bermila 26 hingga 31 Disember dan dihadkan kepada dua ahli keluarga sahaja yang lengkap bervaksin.

KUALA LUMPUR – Tiada banduan yang disahkan positif Covid-19 di penjara di negara ini setakat ini.

Bagaimanapun Jabatan Penjara sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga bagi mencegah wabak itu daripada menular ke dalam penjara.

Menurut Jabatan Penjara, antara langkah yang telah diambil dalam memastikan banduan dan kakitangan yang bertugas perlu melepasi pemeriksaan kesihatan, termasuk memastikan bacaan suhu badan di bawah 38 darjah selsius, setiap hari.

“Sekiranya suhu badan kakitangan didapati melebihi 38 darjah selsius, mereka akan dirujuk segera kepada pihak pegawai perubatan.

“Selain daripada itu, pihak penjara turut menyediakan face mask serta hand sanitizer (cecair pembasmi kuman) untuk digunakan oleh kakitangan semasa bertugas dan juga banduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahkan jabatan penjara menjelaskan bahawa setiap banduan yang diterima akan dikuarantinkan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dalam usaha mengelak penyakit berjangkit dibawa ke dalam institusi penjara.

Malahan, katanya, Jabatan Penjara juga menjalankan inisiatif dengan melakukan sanitasi di seluruh kawasan institusi penjara bagi mengelakkan wabak Covid-19 ini menular.

Menurutnya, setiap banduan akan diberikan perhatian dan juga penjagaan kesihatan yang baik dan di pantau pegawai perubatan semasa di dalam penjara.

“Sekiranya terdapat banduan yang mempunyai simptom seperti yang boleh diklasifikasikan sebagai pembawa wabak Covid-19, pihak penjara telahpun menyediakan blok-blok pengasingan dan juga pusat kuarantin bagi mengasingkan serta mencegah wabak tersebut tersebar di kalangan banduan yang lain.

“Oleh itu, pihak jabatan memohon agar pihak keluarga serta pihak yang terlibat agar memberikan sepenuh kerjasama dan kepercayaan kepada Jabatan Penjara untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan korektif.

“Diharap dengan berkat usaha dan doa yang berterusan, negara kita akan bebas dari pandemic wabak COVID-19 ini dengan seberapa segera,” katanya. – MalaysiaGazette