Foto Instagram Amelina.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut, Amelina akhirnya mengaku sudah bercerai dengan suami, Reduan Mahamood sejak 29 Jun 2016.

Membuat pengakuan di Instagram (IG), Amelina mendedahkan perkara itu selepas hampir lima tahun merahsiakan status dirinya sebagai ibu tunggal.

“THROWBACK sikit, ramai yg nak tahu bila tarikh perkahwinan kaklong dan bila kaklong berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yg gelarkan kan kaklong JA6 😋. Sebab perceraian kaklong tidak kecoh kerana lawyer kaklong menguruskan dgn baik iaitu @rizz2612 bagi kaklong dia yg sgt terbaik dlm.mengendalikan kes kaklong.. dan masa tu kaklong dibantu oleh kakak comel saya @mrsajai75 dan adik kaklong @mr.joe77 dan juga mak kaklong serta adik bongsu kaklong yg sentiasa disisi.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak mahkamah tinggi syariah seremban sgt2 membantu kaklong pada masa itu.😍 Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan kaklong berakhir 29hb June 2016.

“Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah kaklong single dan bergelar ibu tunggal. Awalnya kaklong rasa kemurungan , amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah kaklong mampu dlm usia yg senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 org ank2 yg sedang membesar.

“Tetapi kaklong ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ni sangat di pandang tinggi dlm masyarakat dan agama. BUKTI nya kaklong sentiasa disayangi dan apa yg kaklong buat tuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan.

“Yang penting kena pandai jaga diri..sedar diri sedar ruang..always humble..jangan berhasad dengki malah beri aura positif pada orang sekeliling…bahagiakan org yg menyayangi kita… dan kita kena yg yakin kita di dlm golongan yg sentiasa dilindungan ALLAH,” tulis di IG miliknya.

Entri mengesahkan status dirinya sebagai ibu tunggal dimuat naik Amelina bersama video pendek dipercayai dirakam di Mahkamah Syariah yang menampilkan peguam syariah yang mewakilinya, Rizz Iskandar.

Amelina berkahwin dengan Reduan pada 26 April 1999 dan bercerai pada 29 Jun 2016.

Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 19; Putera Al’ Affiq, 18; Putera Al’ Asyraff, 17; Puteri Nur’ Asyurah, 15; Putera Al’ Arffa, 13; dan Putera Al’ Amzar, 11. – MalaysiaGazette