Shinzo Abe.

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengisytiharkan darurat esok, menurut akhbar Yomiuri.

Ia susulan kes jangkitan koronavirus sudah mencecah 1,000 kes di Tokyo.

Abe dijadual akan mengumumkan pelan itu hari ini.

Pengisytiharan darurat itu terpaksa dibuat berikutan tekanan ke atas kerajaan berhubung tindakan yang didakwa terlalu perlahan berbanding negara-negara lain sedangkan jumlah kes semakin meningkat.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike memberi isyarat pada minggu lalu bahawa pengisytiharan darurat akan membantu orang ramai melaksanakan penjarakkan sosial.

Di bawah semakan undang-undang pada bulan lalu, Abe boleh mengisytiharkan darurat jika wabak Covid-19 memberi ancaman buruk kepada nyawa dan berlarutan sehingga memberi kesan besar kepada ekonomi.

Covid-19 sudah pun meningkatkan risiko kemelesetan kepada Jepun.

Lebih 3,500 orang telah didapati positif Covid-19 dengan 85 kes kematian di Jepun. – MalaysiaGazette