Foto Twitter Rina Mohd. Harun.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan tiada golongan yang terpinggir ketika usaha menangani penularan wabak Covid-19 menerusi pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, walaupun barisan petugas hadapan terus bekerja keras, masyarakat lain masih mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain.

Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetepikan perbezaan, sebaliknya bekerjasama dengan menguatkan pertahanan negara.

Foto Twitter Rina Mohd. Harun.

“Ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan demi kelangsungan hidup. Tak perlu risau, bantuan sentiasa ada supaya kita semua kuat melalui cabaran ini. Susah dan senang, kita bersama mengharungi pandemik ini. Saling memberi dan menerima.

“Sumbangan daripada semua pihak dalam memberikan bantuan sangat dihargai dan diharapkan dapat terus berlanjut di masa depan.

“Peperangan di Covid-19 masih jauh. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah komuniti, bersama-sama kita boleh mengatasi sebarang halangan,” tulis beliau di akaun Twitter miliknya. – MalaysiaGazette