Telekom Malaysia Bhd (TM) muncul kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM), TM ONE melancarkan perkhidmatan awan baharu, Cloud α (Cloud Alpha) khusus kepada perusahaan dan sektor awam di negara ini.

Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai TM One, Ahmad Taufek Omar, pelancaran perkhidmatan digital terbaharu itu tepat pada masanya di saat negara sedang berdepan dengan tekanan ekonomi.

“Dalam pada organisasi terus berusaha untuk kekal berdaya saing dalam persekitaran perniagaan yang amat mencabar, pengkomputeran awan telah menjadi norma baharu, membolehkan perniagaan-perniagaan menjadi lebih tangkas, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan komprehensif kepada pengguna akhir mereka, serta mencapai kecekapan kos.

“Hal ini amat penting ketika keadaan pasaran yang tidak menentu disebabkan oleh pandemik koronavirus COVID-19 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia memerlukan syarikat perusahaan dan organisasi untuk meningkatkan penggunaan alatan dan perkhidmatan digital mereka, memastikan capaian berada pada tahap yang terbaik, serta menjadi lebih kos efektif lebih berinovasi berbanding sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Cloud α menghimpunkan perkhidmatan awan yang menyeluruh – merangkumi IaaS, PaaS, SaaS, Perkhidmatan Awam Profesional dan Perkhidmatan Awan Terurus, yang mana ia membolehkan pelanggan untuk mengekalkan daya tahan perniagaan mereka dalam keadaan yang mencabar.

Infrastruktur Awan Tahap Perusahaan (Enterprise Grade Cloud Infra) TM ONE dihoskan di pusat data di dalam negara yang amat selamat, mendapat pensijilan Tier III, serta mematuhi piawaian antarabangsa, bagi memastikan pelanggan-pelanggan kami mampu untuk memenuhi keperluan residensi data (data residency) mereka.

Bersempena dengan pelancaran Cloud α, TM ONE turut melancarkan pakej promosi untuk Perusahaan-perusahaan Sederhana.

Promosi IaaS yang terdiri daripada Disaster-Recovery-as- a-Service (DRaaS) melalui TM ONE Virtual Private Cloud (VPC) dan awan hibrid pada TM ONE Azure Stack, yang akan memastikan data langsung (live data) tersedia dalam beberapa minit berlakunya sebarang bencana dan seterusnya meningkatkan tahap Objektif Detik Pemulihan (Recovery Point Objective – RPO) dan Objektif Tempoh Pemulihan (RTO).

TM ONE juga menawarkan langganan SaaS percuma selama enam bulan bagi Microsoft Teams dan Office 365 untuk membantu Perusahaan Sederhana (PKS) sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Iasebagai tambahan kepada diskaun yang diberikan untuk pakej-pakej Office 365 sehingga akhir tahun ini. – MalaysiaGazette