Penutup mulut dan hidung digunakan oleh penduduk China sebagai langkah berjaga-jaga. foto Reuters

BEIJING – China melaporkan penurunan kes jangkitan koronavirus import selepas menutup sempadan-sempadannya dan meningkatkan langkah berjaga-jaga ke atas individu- individu yang dijangkiti tetapi tidak menunjukkan gejala.

Negara ini merekodkan 32 kes jangkitan baru pada hari Isnin, turun daripada 39 kes sehari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Kesemua 32 kes disahkan melibatkan pelancong yang datang dari luar negara, berbanding 38 kes yang diimport sehari sebelumnya.

Jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini berjumlah 983, kata pihak berkuasa kesihatan itu.

Kes-kes yang diimport dan pesakit yang tidak menunjukkan gejala telah menjadi kebimbangan utama China selepas langkah-langkah drastik yang dilaksanakan berjaya mengurangkan kadar jangkitan keseluruhan.

China telah menutup sempadannya kepada orang asing kerana virus itu tersebar di seluruh dunia, walaupun kebanyakan kes yang diimport melibatkan warga negaranya yang pulang dari luar negara.

Penerbangan antarabangsa telah dikurangkan kepada kira-kira 3,000 sehari pada bulan April daripada puluhan ribu sebelumnya.

China juga telah memulakan saringan ujian kepada semua ketibaan antarabangsa pada bulan ini.

Jumlah kes positif Covid-19 di China adalah sebanyak 81,740 semalam.

China turut melaporkan 30 kes tanpa simptom semalam, sembilan membabitkan pengembara yang baru tiba.

Angka itu termasuk 18 kes direkodkan di Hubei. – MalaysiaGazette

Setakat semalam, sebanyak 1,033 pesakit tanpa gejala telah diletakkan di bawah pemantauan perubatan.

Suruhanjaya itu turut melaporkan tiada kematian dilaporkan di Wuhan. – MalaysiaGazette