KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz mengesahkan dirinya mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalurkan oleh kerajaan, semalam.

Dalam satu mesej daripada MalaysiaGazette, Mahfuz berkata, media boleh merujuk kepada komen beliau di Facebook rasmi Datuk Seri Najib Razak.

“Alhamdulillah baiknya PM. saya tak minta pun dapat juga.bila duit nk masuk.

“Nanti lepas PKP masa sidang parlimen saya belanja Dtk Seri Najib buka posa,” katanya di ruangan komen Facebook rasmi Najib.

Bekas Perdana Menteri itu memuatnaik status mengenai bantuan BPN itu telah diluluskan atas nama Mahfuz Omar.

“Saya diberitahu (dan pihak saya juga telah check online) bahawa Mahfuz layak menerima bantuan seribu ringgek Bantuan Prihatin. Tahniah!

“Minta belanja kepci bila wang dibayar, ya?,” usik Najib di Facebooknya, sejam yang lalu.

Berdasarkan kepada gambar yang dimuatnaik oleh Najib, Mahfuz diberikan bantuan sebanyak RM1,000 tertera di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BPN adalah inisiatif untuk membantu rakyat seperti yang diumumkan Muhyiddin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.

Dalam pengumuman berkenaan jumlah keseluruhan pembayaran BPN membabitkan RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

Bantuan secara one-off itu juga buat pertama kalinya disalurkan kepada kumpulan M40. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ehh.. Bukan ke gaji adun lebih daripada 8K sebulan. Musykil jugak nie kalau layak.

Comments are closed.