Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal bercakap kepada media ketika memantau sekatan jalan raya OPS Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 di Persiaran Surian, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 31 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Op Covid yang dilaksanakan secara agresif di Petaling Jaya bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak kebelakangan ini telah membuahkan hasil apabila daerah itu merekodkan sifar jangkitan kes sejak dua hari berturut-turut.

Ketua Polis Daerah (KPD) Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menyifatkan ia merupakan pencapaian yang amat baik.

”Sampaikanlah berita baik ini kepada petugas-petugas di lapangan agar mereka sedar, penat-lelah mereka, maki dan hamun yang dilontarkan kepada kita tidaklah sia-sia,” mesej Nik Ezanee kepada anak-anak buahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Daerah Petaling terletak dalam Zon Merah Covid-19, antara lokasi tertinggi di Semenanjung.

Setakat 12 tengah hari, 4 April lalu, daerah Petaling merekodkan sejumlah 308 kes jangkitan. Dalam tempoh sama pada 5 April pula daerah ini mencatatkan 202 kes.

Nik Ezanee yang diminta mengulas perkara itu berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk mengekalkan sifar kes baru di daerah tersebut. – MalaysiaGazette