endemic transition phase congregational prayers physical distancing

KUALA LUMPUR – Indonesia mengumumkan tiada solat sunat tarawih pada bulan Ramadan dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid pada tahun ini sebagai usaha membendung penularan Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Agama Indonesia, Fachrul Razi dan dalam masa yang sama berkata, umat muslim pada bulan Syawal digalakkan hanya berada di rumah masing-masing dan tidak melakukan kunjungan antara satu sama lain.

Turut tersebar di media sosial pengumuman Prof Dr KH Said Aqil Siroj mengenainya.

“Serta tidak melaksanakan takbir, buka bersama, silaturahim demikian juga umat muslim jalankan ibadah di rumah masing-masing agar dapat mengurangi potensi penyebaran virus Covid-19,” katanya dalam video yang tersebar di Twitter.

Pengumuman itu difahamkan dibuat pada Isnin.

Indonesia mencatatkan peningkatan harian tertinggi kes Covid-19, malah setakat ini 24 doktor maut akibat wabak itu.

Dilaporkan sebanyak 218 kes baharu di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan 2,491 kes jangkitan dan 209 kematian tertinggi di Asia, tidak termasuk China.

Di Malaysia, hari ini merupakan hari ke 7 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.

Kementerian Kesihatan telah menegaskan 10 hari terakhir sebelum tamatnya PKP ini adalah tempoh sangat penting untuk negara justeru rakyat dinasihatkan untuk kekal berada di rumah masing-masing agar rantaian Covid-19 berjaya dihentikan.-MalaysiaGazette