Perkeso
Zakri Khir

KUALA LUMPUR – Zakri Khir telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Beliau juga Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Allianz dalam kenyatannya berkata, Zakri menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan pagi tadi.

Peletakan jawatan itu berkuatkuasa serta-merta.

“Saya telah dilantik oleh Majlis Penasihat Kerajaan sebagai Pengerusi Perkeso pada 8 Oktober 2018 atas pengalaman saya dalam industri insurans.

“Saya melihatnya sebagai khidmat negara. Tetapi dengan kerajaan baru, mungkin akan berlaku perubahan dan saya berpendapat perkhidmatan saya tidak diperlukan lagi.

“Saya telah melakukan terbaik dan menghargai semua sokongan yang diberikan dan saya telah memberi perkhidmatan terbaik sejak 16 bulan lalu,” kata Zakri. – MalaysiaGazette