KUALA LUMPUR – Gas Malaysia Bhd. mengecualikan caj gas untuk semua hospital kerajaan di negara ini dan menawarkan rebat RM100 bagi setiap pelanggan kediaman kos rendah dari April hingga September 2020 bagi mengurangkan beban mereka akibat pandemik Covid-19 dan Perintah kawalan pergerakan Malaysia (MCO) untuk membendung wabak tersebut.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Gas Malaysia berkata, inisiatif itu bertujuan menyediakan bantuan kepada pelanggan kediaman kos rendah dan hospital kerajaan semasa PKP.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, pandemik Covid-19 yang belum pernah dirasai dirasai di seluruh dunia dan syarikat ini menyedari akan cabaran yang dihadapi oleh para pelanggannya.

“Bagi rebat untuk pelanggan kediaman kos rendah, kira-kira 4,000 pelanggan akan mendapat manfaat daripada rebat yang ditawarkan.

”Dalam tempoh ini, bacaan meter dan pengeluaran bil akan dihentikan sementara. Walau bagaimanapun, bacaan meter yang dijalankan pada bulan Oktober 2020 akan mengambil kira rebat yang ditawarkan dan ia akan ditunjukkan dalam bil pelanggan,” kata syarikat itu. – MalaysiaGazette