TERKINI : 2 Kematian dan 156 Kes Baharu Positif Covid19 – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pesakit yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 adalah lebih tinggi daripada kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh adalah pada tahap 166 kes berbanding kes baharu iaitu 156 kes.

“Jumlah ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,487 kes (36.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).