TERKINI : GURU SMK Pedas Positif Covid19 – Dr. Noor Hisham

Satu sub kluster telah dikesan berlaku di Rembau, Negeri Sembilan yang melibatkan kluster Seri Petaling sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam Daerah Rembau iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

“Sehingga 8 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat dua puluh tujuh orang yang telah dikenalpasti positif Covid-19, termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU).

“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 adalah positif bagi beberapa guru di SMK Pedas,” katanya dalam sidang media di KKM.