China mengenakan perintah berkurung ke atas hampir tiga juta rakyatnya susulan peningkatan kes wabak Covid-19.- Gambar hiasan.

BEIJING – China melaporkan 42 kes baru koronavirus termasuk 38 kes yang dibawa oleh penggembara dari luar negara.

Angka itu menyusut berbanding 63 kes pada hari sebelumnya.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata, 47 kes koronavirus tanpa gejala turut dilaporkan, susut berbanding 61 kes sehari sebelumnya.

Jumlah kes jangkitan di China kini sebanyak 81,907 manakala kes kematian baru bertambah satu kepada 3,336. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast