SEOUL – Daegu, Korea Selatan, bandar pertama yang mengalami wabak koronavirus terbesar di luar China melaporkan sifar kes baru buat kali pertama sejak lewat Februari selepas kes jangkitan baru di seluruh negara menurun kepada paras terendah.

Dengan sekurang-kurangnya 6,807 kes disahkan, Daegu menyumbang lebih daripada separuh daripada 10,450 kes jangkitan di Korea Selatan.

Hari ini Korea Selatan melaporkan sebanyak 27 kes baru yang direkodkan semalam, lebih rendah sejak kes harian memuncak lebih daripada 900 kes pada akhir Februari, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KCDC) Korea.

Jumlah kematian juga naik empat hingga 208, kata KCDC.

Penyebaran di Daegu berpunca dari sebuah gereja mengakibatkan lonjakan kes secara besar-besaran di Korea Selatan dan di luar China.

Korea Selatan kemudian melaksanakan ujian saringan secara besar-besaran dan langkah-langkah penjarakkan sosial dikuatkuasakan bagi meredakan keadaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast