Majlis Daerah Yong Peng

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan tiga berita palsu yang ditularkan di media sosial berkaitan Covid-19 setakat jam 9 pagi ini.

Menurut satu kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM hari ini, antaranya ialah Majlis Daerah Yong Peng di Johor menafikan pihaknya ada melantik individu bagi tujuan mendapatkan bantuan berupa barangan dan wang tunai.

Selain itu, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah pula menafikan dakwaan dua kawasan panas iaitu Pasar Basah Dioh dan Taman Desa Jaya Melang telah ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menafikan pihaknya ada mengeluarkan surat tawaran kontrak kepada sebuah syarikat untuk membekalkan makanan di sembilan daerah bernilai RM47.5juta. – MalaysiaGazette