Pekerja-pekerja sedang mengebumikan mayat-mayat pesakit Covid-19 di Hart Island. foto Agensi

WASHINGTON – New York kini merekodkan lebih banyak kes Covid-19 berbanding negara-negara lain di luar Amerika Syarikat (AS).

Negeri itu mengesahkan kes Covid-19 melonjak sebanyak 10,000 kes semalam kepada 159,937 melebihi angka 153,000 yang direkodkan oleh Sepanyol dan 143,000 di Itali.

China yang menjadi punca lokasi pertama mencetuskan koronavirus mencatatkan 82,000 kes.

Secara keseluruhan, AS telah merekodkan 462,000 kes dengan hampir 16.500 kes kematian.

Kes Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 1.6 juta kes dan 95,000 kematian.

Manakala New York menerajui kes kematian koronavirus dunia dengan jumlah kematian 7,000, berada di belakang Sepanyol (15,500) dan Itali (18,000).

Angka kes kematian New York melepasi jumlah China iaitu 3,300. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Inilah bahana bila terlalu ego dgn hak asasi manusia.
    Kerajaan yg paling kuat tentera pun x mampu nak halang rakyat mrk sbb takut kena saman..

Comments are closed.