KUALA LUMPUR – Capaian isi rumah kepada Internet meningkat 3.1 mata peratus kepada 90.1 peratus pada 2019 berbanding 87.0 peratus pada 2018.

Peratusan capaian telefon bimbit kekal pada 98.2 peratus pada 2019, sebaliknya peratusan capaian isi rumah kepada komputer menurun kepada 71.3 peratus pada 2019 berbanding 71.7 peratus pada 2018.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peratus penggunaan Internet di Malaysia semakin meningkat iaitu kepada 84.2 peratus pada tahun 2019 berbanding 81.2 peratus pada 2018.

Lima aktiviti yang paling popular dalam kalangan pengguna Internet adalah menyertai rangkaian sosial (97.1%), memuat turun gambar, filem, video atau muzik; bermain atau memuat turun permainan (84.7%), mendapatkan maklumat tentang
barangan atau perkhidmatan (83.5%), membuat panggilan telefon melalui Internet/ VoIP (77.4%) dan memuat turun perisian atau aplikasi (77.1%).

Analisa pengguna Internet mengikut kumpulan umur menunjukkan individu dalam kumpulan umur 20 hingga 24 tahun cenderung menggunakan

Menurutnya,Internet untuk mencari pekerjaan (49.5%) dan menonton televisyen secara atas talian (56.3%).

Individu berumur di antara 25 hingga 29 lebih memilih aktiviti perbankan Internet (61.5%) dan membeli
atau membuat pesanan barangan atau perkhidmatan melalui e-Dagang (45.1%) sementara individu dalam lingkungan umur 35 hingga 39 lebih aktif dalam aktiviti menggunakan perkhidmatan berkaitan perjalanan atau penginapan perjalanan (32.6%).

Bagi kelompok umur 45 hingga 49 mereka berminat dengan aktiviti mengemukakan pendapat atau mengundi berkenaan isu-isu politik atau sivik (21.1%).

Peratusan individu menggunakan komputer turut meningkat kepada 72.1 peratus pada 2019 berbanding 70.5 peratus pada 2018.

Manakala peratusan individu yang menggunakan telefon bimbit kekal pada 97.9 peratus pada 2019. – MalaysiaGazette