Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang telah menutup akaun Facebooknya selepas memuat naik video palsu tentang kepulangan warga negara Malaysia dari Singapura, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau cuba membuka Facebook milik Fuziah untuk membaca reaksi netizen terhadap video fitnahnya yang telah mencetuskan panik.

”Tapi tak dapat cari page dia pulak?

”Dia dah nyahaktifkan page dia juga seperti page Hew Kuan Yau dan Nga Kor Ming superfans apabila terkantoi ke?,” soal Najib.

Fuziah baru-baru ini telah mencetuskan panik apabila menularkan video orang beramai-ramai di Bangunan Sultan Iskandar.

Malah, beliau turut menyindir dengan berkata, harap adalah hotel 5 bintang untuk mengkuarantin rakyat negara yang balik beramai-ramai itu.

Namun, tidak berapa lama kemudian, Fuziah memohon maaf sambil menyatakan tersilap post video lama dan posting tersebut telah dipadamkan.

”Admin Mohon Maaf Tersilap Post Video Lama. Dan Sudah pun di Delete. Harap tidak menyebabkan Panic!,” katanya.

Jabatan Imigresen telah mengesahkan video itu tidak benar dan telah membuat laporan polis.

Malah, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa akan menyiasat penularan video palsu itu.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. YB Fauziah bersikap bertanggungjawab.
    Mohon maaf….

    Yg penempatan pesakit kat sabah tu apa pula cite..

Comments are closed.