Enam doktor di Bangladesh digantung tugas kerana didakwa enggan merawat pesakit COVID-19 dan tidak hadir bertugas tanpa sebarang notis awal, lapor agensi berita Anadolu.

DHAKA – Enam doktor di Bangladesh digantung tugas kerana didakwa enggan merawat pesakit COVID-19 dan tidak hadir bertugas tanpa sebarang notis awal, lapor agensi berita Anadolu.

Direktorat Perkhidmatan Kesihatan berkata pada Sabtu doktor dari Kuwait-Bangladesh Friendship Hospital itu digantung tugas mengikut Peraturan Perkhidmatan Kerajaan dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap mereka.

Perdana Menteri Sheikh Hasina tidak berpuas hati dengan perkara itu dan mengarahkan mereka dikenakan tindakan tegas jika benar terdapat bukti menunjukkan “kelalaian” dalam melaksanakan tugas.

Menurut laporan, terdapat kekurangan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk kakitangan penjagaan kesihatan dan pekerja yang menjalankan ujian saringan untuk COVID-19.

Enam pakar perubatan itu dikatakan telah diberikan PPE dan kerajaan mendakwa peralatan mencukupi untuk petugas kesihatan.

Setakat Sabtu Bangladesh mencatatkan 30 kematian dan 482 orang dijangkiti COVID-19.- BERNAMA