MIT

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) akan menutup sementara sistem permohonan operasi syarikat pada jam 2 petang ini dan dibuka semula jam 4 petang.

Ini kerana, aliran trafik portal MITI meningkat dengan mendadak sehingga mencecah 176,000 pengguna dalam tempoh masa dua jam pertama apabila permohonan dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, MITI mendapati majoriti pelawat ini bukan syarikat tetapi individu yang
mengakses portal MITI.

Jumlah pelawat yang terlalu tinggi ini adalah tidak selari dengan jumlah syarikat dalam sektor yang telah diluluskan.

Justeru itu, MITI akan mengkonfigurasikan semula sistem permohonan bagi memastikan hanya syarikat dalam sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja boleh mengakses sistem permohonan tersebut. – MalaysiaGazette