Daniele De Rossi (kiri).

KUALA LUMPUR – Legenda AS Roma, Daniele De Rossi mendedahkan faktor dia menolak tawaran dari Manchester United beberapa tahun yang lalu.

Dia menjelaskan minat United ke atasya sukar untuk ditolak apatah lagi telah lama mengidam bersama kelab gergasi England itu sejak kecil.

Namun dia mengakui bahawa terpaksa menolak cadangan itu kerana ketika itu United telah mempunyai pemain tengah berkaliber seperti Roy Keane dan Paul Scholes dalam skuad yang digelar sebagai Red Devils.

“Sejak kecil saya mencintai United. Ini adalah pilihan yang tepat bagi saya untuk tidak berpindah ke Manchester kerana ketika itu mereka mempunyai pemain seperti Keane dan Scholes dan mereka juga merupakan pemain yang luar biasa,” ” katanya kepada Sky Sports ketika ditanya mengenai pasukan dari England yang ingin dia sertai dalam kariernya.

De Rossi baru sahaja bersara dalam dunia bola sepak profesionalnya selepas mengakhiri kariernya yang panjang dengan gergasi Argentina Boca Juniors awal tahun ini.

Bersama AS Roma dia berjaya mencatat 600 penampilan dalam semua pertandingan. Atas sebab ini, De Rossi telah dinobatkan sebagai salah satu lagenda kelab. – MalaysiaGazette