Muhammad Yazid Muhammad Yew
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew. foto AFIQ RAZALI, 13 APRIL 2020

SHAH ALAM – Polis Selangor hari ini mengesahkan terdapat sekumpulan warganegara Myanmar telah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kilang di Sepang semalam.

Jurucakap Polis Kontinjen Selangor Op Covid-19, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, susulan pelanggaran itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

“Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa kita menerima maklumat tersebut yang disiarkan di Facebook.

“Tindakan disiarkan dalam rakaman video berdurasi lebih kurang 30 minit, memaparkan beberapa warganegara asing yang merayakan perayaan Songkran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan warganegara Myanmar yang menyambut perayaan Songkran di luar sebuah kilang sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Video berdurasi 34 minit 55 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki warga asing yang kelihatan separuh bogel menari-nari di tengah jalan raya dengan semburan air paip.

Ditanya tentang tindakan pihak polis setakat ini, beliau bagaimanapun ia masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Kita sahkan memang ada satu siasatan memang dibuat. Setakat ini belum lagi tangkapan dibuat kerana ia masih lagi dalam siasatan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast