Rozita Ibrahim (kanan).

KUALA LUMPUR – Ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim mencetuskan spekulasi apabila hantaran di laman sosial Instagram dikatakan dituju kepada menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Menerusi perkongsian itu, Rozita memuat naik status mengenai kata-kata nasihat mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tak setia.

Ujarnya lagi, jika diberi pilihan antara paras rupa, kekayaan dunia dan setia sebagai ukuran ciri pasangan hidup, dia akan memilih setia. Status tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa ianya ditujukan kepada menantunya.

Namun pelbagai komen netizen menyebabkan ruangan komen perkongsian Rozita itu telah pun ditutup.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Aliff Syukri hangat diperkatakan apabila surat tuntutan cerai Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di laman Instagram.

Rumah tangga pasangan itu dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu.

Tidak lama kemudian, Rozita Ibrahim turut ‘unfollow’ menantunya di media sosial.

Namun Shahida berkata dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu kerana itu adalah hak dan pilihan masing-masing. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Bonda dgn anak dia si alip tu pun sama perangai, mcm org tak betul.. Wahai bonda, awak pun kawen cerai jugak kan, so tkyah nak byk bunyi.. Datin shahida pun mulut bole tahan, so fair lah kan…

  2. Mak mertua gila habis nak tumpang glamer dunia artis. Tak malu… Perangai mak aliff tak ada perasaan malu. Kita tahulah dia kaya.

  3. Memang begitu kalau kita menantu bila fail je kes cerai mak mentua sibuk memburukkan keadaan perlu perlu x yah masuk campur kalau kita x tau apa sebenarnya ibu yang baik nasihat kedua duanya…….

Comments are closed.