BUENOS AIRES – Pekerja di Cordoba di tengah Argentina telah menggali kira -kira 250 kubur, dengan jangkaan peningkatan jumlah kematian akibar wabak koronavirus walaupun sekatan perjalanan dilakukan di seluruh negara yang dilihat dapat mengurangkan kes baharu.

Penggali kubur di tanah perkuburan San Vicente yang terletak di pinggir ibu negeri daerah itu kini merancang untuk menambah 250 plot kubur dalam tempoh beberapa hari, kata kesatuan tempatan yang mewakili para pekerja yang menjalankan tugas itu kepada Reuters.

“Mereka menggali lima atau enam kubur sehari, yang mana ia adalah jumlah normal kini menggali sekali ganda daripada itu,’ kata Setiausaha Akhbar Kesatuan Pekerja dan Kakitangan Perbandaran Cordoba, Damian Bizzi.

Kerja-kerja tersebut menggambarkan bagaimana negara itu sedang menghadapi situasi paling teruk dan mengekalkan impak wabak itu yang mana telah menjangkiti 1.8 juta orang di seluruh dunia yang menyebabkan 115,242 kematian.
Argentina telah mengambil langkah agresif untuk memerangi penularan virus tersebut, dengan kawalan pergerakan dilaksanakan di seluruh negara sejak pertengahan Mac.
Negara itu menutup sempadannya bagi memperlahankan peningkatan kes, yang kini membabitkan 2,200 laporan dengan 95 kematian.

Daerah Cordoba yang merupakan kawasan kedua popular selepas Buenos Aires merekodkan sekurang-kurangnya 206 kes koronavirus dan lima kematian, menjadikannya daerah paling terkesan selepas daerah Buenos Aires dan ibu negara Argentina yang menggunakan nama yang sama dengan daerah itu. – Agensi