Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan melanjutkan penutupan premis LHDNM di seluruh negara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 28 April ini.

Bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini, LHDNM akan terus menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

I. Pusat Khidmat Panggilan atau Hasil Care Line (HCL) dengan waktu operasi dari Ahad hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara);

II. Urusan duti setem di semua kaunter Pejabat Setem Cawangan (PSC) LHDNM kecuali PSC Teluk Intan yang akan ditutup mulai 14 April 2020. Jadual operasi PSC adalah seperti berikut:


Untuk makluman, tarikh akhir dan tambahan masa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) telah dilanjutkan dan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2020 telah dikemaskini. Pembayar cukai boleh membuat semakan terperinci melalui pautan pantas seperti berikut:

Versi Bahasa Malaysia: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.2_1.pdf

Versi Bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.2_2.pdf

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkara-perkara berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

· Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
· Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ) seperti di bawah:

Versi Bahasa Malaysia: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf

Versi Bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_2.pdf . – MalaysiaGazette