KUALA LUMPUR – Pasukan Covid-19 Selangor berkata terdapat positif buat negeri itu mengenai penularan Covid-19 semakin nyata.

Dalam satu status di Twitter, pasukan itu berkata, jumlah jangkitan Covid-19 kepada rakyat Selangor pada Isnin agak minimal berbanding hari-hari sebelumnya.

“Semalam (Ahad) 53 kes baru, hari ini (Isnin) hanya 13 saja kes baru. Harap ia satu petanda baik. Harus terus disiplin patuh PKP supaya kadar kes baru turun secara konsisten.

“Penurunan yang sangat memberangsangkan! Terus patuh PKP, tingkahlaku kita menentukan kejayaan menggempur Covid-19!,” kata pasukan itu yang diketuai bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Berdasarkan statistik terkini sejak semalam jumlah kumulatif bagi pesakit Covid-19 di Selangor adalah 1,249 orang pesakit.

Hulu Langat menjadi daerah tertinggi kes positif Covid-19 dengan 397 kes, daerah Petaling pula dengan 359 kes, Klang 166 kes, Gombak 132.

Hulu Selangor pula dengan 47 kes, Kuala Selangor 33 kes, Kuala Langat 27 dan Sabak Bernam 22 kes. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kerajaan SELANGOR ni sibuk nak bodek rakyat dgn mcm2 bantuan. Betul…rakyat memerlukan bantuan kelantan.
    Tapi jika langkah pencegahan tak dibuat atau hanya ikut kawasan tertentu saja tak guna la.

Comments are closed.