Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Selepas 25 kluster yang dikesan menyebabkan penyebaran Covid-19, tiga lagi kluster dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  ketiga-tiga kluster itu dikesan di Sendayan, Negeri Sembilan melibatkan sebanyak 39 kes positif Covid-19.

“Kita sekarang ada 28 kluster dan masih kecil berbanding kluster besar di Seri Petaling.

“Kluster di Sendayan kita ada 39 kes yang positif melibatkan 13 pelajar tahfiz, satu keluarga 11 orang dan juga sekumpulan individu 15 orang.

“Kita dapati ada penularan penyakit Covid-19 di Sendayan dan tindakan bersepadu telah diadakan oleh pegawai KKM di lapangan dan kita harap dapat bendung penularan Covid-19 di Sendayan,” katanya dalam sidang media di KKM hari ini.

Semalam, KKM mengesan dua lagi sub-kluster baharu di Kuantan, Pahang melihatkan kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan.

Untuk rekod, kluster Seri Petaling adalah penyumbang terbesar penyebaran wabak Covid-19 sebanyak 40 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast