Radzi Jidin
Dr Mohd Radzi Md. Jidin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021.

Manakala program ijazah pula pada September atau Oktober 2021, kata Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Perubahan itu disebabkan penundaan tarikh peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Mohd Radzi berkata, peperiksaan SPM tahun ini ditunda pada suku pertama 2021 manakala peperiksaan Semester 2 calon STPM pada bulan Ogos tahun ini dan Semester 3 pula suku pertama tahun depan. – MalaysiaGazette