KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan berlaku satu kematian pesakit kluster Sendayan, hari ini.

Kluster yang baru dikenalpasti semalam itu merekodkan 39 kes positif Covid-19.

“Satu kluster baru di Sendayan, Negeri Sembilan dengan 39 kes positif dan satu kematian di sebuah tahfiz.

“Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Semalam dalam sidang media harian di Putrajaya, beliau berkata pihaknya mengesan satu kluster baharu penularan Covid-19 di Sendayan, Negeri Sembilan.

Kluster itu melibatkan 13 pelajar tahfiz, satu keluarga 11 orang dan juga sekumpulan individu 15 orang. – MalaysiaGazette