Gambar hiasan

BANGKOK- Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand serta Huawei Technologies mengumumkan rancangan untuk menyediakan solusi Kepintaran Buatan (AI) dan teknologi 5G kepada Hospital Awam Siriraj bagi menentang Covid-19.

“Teknologi AI boleh membantu doktor menganalisa hasil computed tomography (CT) kes-kes jangkitan dengan lebih tepat lagi.

“Ini sangat membantu dalam mengurangkan beban kerja petugas kesihatan Thailand semasa berhadapan dengan pesakit-pesakit Covid-19,” kata Dekan Fakulti Perubatan Hospital Siriraj dari Universiti Mahidol, Dr. Prasit Watanapa.

Rangkaian 5G pula boleh membantu rawatan-rawatan di hospital dengan mengurangkan kesesakan rangkaian di samping memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan terjamin, kata Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies (Thailand), Abel Deng.

Tambah Abel, sekurang-kurangnya 20 hospital di China telah menggunakan teknologi berkenaan semasa mengendalikan kes-kes Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast