NEW DELHI – India menfailkan dakwaan ke atas ketua jemaah tabligh yang mengadakan perhimpunan pada bulan lalu atas kesalahan membunuh yang mana pihak berkuasa berkata ia menyebabkan peningkatan besar jangkitan koronavirus, kata polis.

Ibu pejabat Tablighi Jamaat yang terletak di Delhi ditutup kepada beribu-biru pengikutnya, termasuk mereka yang datang dari Indonesia, Malaysia dan Bangladesh dikuarantin selepas mereka didapati menghadiri perhimpunan itu pada pertengahan Mac lalu, lapor Reuters.

Pada awalnya, polis menfailkan satu kes terhadap Muhammad Saad Kandhalvi, ketua pusat tersebut kerana melanggar larangan mengadakan perhimpunan yang besar namun kini mereka memohon untuk mendakwa kerana kesalahan membunuh, kata seorang jurcakap polis.

“Terdahulu polis Delhi telah memfailkan laporan maklumat pertama terhadap ketua tabligh, kini seksyen 304 telah ditambah,” kata pegawai itu yang merujuk kesalahan membunuh dalam Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Seorang jurucakap untuk kumpulan Tablighi Jamaat, Mujeeb-ur Rehman, yang enggan mengulas berkata, mereka mereka tidak mengesahkan laporan mengenai dakwaan baharu itu.

Pada awal bulan ini pihak berkuasa berkata, sepertiga daripada 3,000 kes koronavirus ketika itu berpunca sama ada daripada mereka yang menghadiri perhimpunan Tablighi atau mereka yang kemudiannya terdedah kepadanya.

Jangkitan koronavirus di India meningkat kepada 12,380 kes, termasuk 414 kematian pada hari ini.

Zon panas koronavirus di Delhi mencatatkan 1,561 kes dan daripada jumlah itu 1,080 kes dikaitkan dengan perhimpunan kumpulan tersebut, menurut data kerajaan semalam.

Terdahulu, pentadbiran Tablighi berkata, kebanyakan pengikutnya yang melawat pejabat mereka yang terletak di jalan yang sempit di daerah, Nizamuddin, Delhi terkandas selepas kerajaan melaksanakan sekatan perjalanan selama tiga minggu dan pusat tersebut perlu menawarkan tempat tinggal kepada jemaah itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast