Matuidi telah disahkan positif Covid-19 dan diikuti seminggu kemudian oleh Rugani.

TURIN – Dua pemain Juventus, Daniele Rugani dan Blaise Matuidi yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 sudah kembali pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus berbahaya itu.

Perkembangan terkini kedua pemain itu telah dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman web kelab gergasi Itali itu.

”Rugani dan Matudi telah mengikuti produser standard operasi kesihatan yang ditetapkan dengan melakukan pemeriksaan melalui ujian diagnostik untuk virus Covid-19 sebanyak dua kali.

“Kami gembira kerana keputusan ujian buat kedua-dua pemain tersebut menunjukkan negatif. Oleh itu, pemain-pemain ini telah pulih dan tidak perlu lagi untuk dikuarantin di rumah mereka lagi,” menurut kenyataan itu.

Pada 18 Mac lalu, Matuidi telah disahkan positif wabak Covid-19 dan diikuti seminggu kemudian oleh Rugani pula menerima nasib yang sama seperti pemain tengah skuad kebangsaan Perancis itu.

Seorang lagi pemain Juventus yang turut dijangkiti, Paulo Dybala bagaimanapun masih lagi belum pulih sepenuhnya dan terpaksa untuk terus menjalani proses ‘kuarantin’ di rumahnya. – MalaysiaGazette