Zon merah Covid-19 kekal 27 kawasan sehingga 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan, KKM.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Zon merah Covid-19 kekal 27 kawasan sehingga 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus mencatatkan peningkatan iaitu kini 577 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 440 dan 363 kes diikuti Kuching dengan 245 kes.

Klang pula mencatatkan 171 kes, Gombak (142 kes) dan Sepang (68 kes), Hulu Selangor (49 kes).

Kawasan zon merah lain adalah Kluang (220 kes); Seremban (262 kes); Johor Bahru (185 kes); Kepong (142 kes); Titiwangsa (129 kes); Kinta (93 kes); Kota Bharu (90 kes); Tawau (79 kes); Hilir Perak (65 kes); Cheras (78 kes); Jerantut (72 kes); Rembau (53 kes); Kuantan (106 kes); Batu Pahat (52 kes); Putrajaya (54 kes); Jasin (68 kes); Kota Samarahan (54 kes); dan Melaka Tengah (61 kes).

Sementara itu, dalam 15 kawasan yang dikategorikan jingga dan dan menghampiri zon merah pula adalah Lahad Datu (39 kes), Seberang Perai Tengah (40 kes), Kota Kinabalu (40 kes), Kulai (38 kes) dan Kuala Muda, Kedah (35 kes).

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Hanya Yan, kedah, Machang Kelantan dan Hulu Terengganu sahaja merupakan zon hijau di Semenanjung manakala 25 kawasan bagi Sabah dan Sarawak. -MalaysiaGazette