Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi bukan eksekutif baharunya.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia berkata, pelantikan itu berkuatkuasa 1 Mei ini.

Pelantikan itu dibuat oleh menteri kewangan mengikut Seksyen 10 (1) (a) Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007.

Abdul Wahid akan menggantikan Shireen Ann Zaharah Muhiudeen yang bersara pada 30 April ini selepas dilantik memegang jawatan itu pada 1 Mac 2019.- MalaysiaGazette