Zhao Lijian

BEIJING – China menegaskan negara itu tidak pernah menyembunyikan apa-apa mengenai penularan wabak koronavirus dan kerajaan juga tidak dibenarkan untuk menyorok sebarang perkara mengenai virus itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, semakan semula jumlah kes di Wuhan, lokasi pertama tercetusnya wabak itu adalah hasil daripada pengesahan statistik untuk memastikan ketepatan.

Malah, semakan itu adalah amalan antarabangsa yang biasa.

Lembaga Kesihatan Wuhan semalam menyemak semula jumlah kematian terkumpulnya yang peningkatan sebanyak 50% menjadi 3,869 – membetulkan laporan sebelum ini.

Semakan itu dipersoalkan oleh Presiden Donald Trump yang secara terbuka mempersoalkan ketepatan pendedahan China mengenai skala wabak tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.