Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja disinfeksi pada Operasi Nyahkuman susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Enam agensi hari ini bekerjasama melaksanakan sanitasi di Zoo Negara di Hulu Kelang yang merupakan antara lokasi tumpuan orang ramai sebelum ini.

Seramai 70  anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Alam Flora dan SWCorp terlibat dalam kerja-kerja menyah cemar itu.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses nyah cemar di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 APRIL 2020.

Ia turut disertai oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Bermula dengan taklimat pergerakan pada pukul 9.30 pagi yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Bomba I, Pejabat Zon 4, Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof, anggota-anggota itu kemudian dibahagi kepada dua kumpulan bergerak di dalam Zoo Negara pada pukul 10 pagi.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja disinfeksi pada Operasi Nyahkuman di hadapan kandang zirafah di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 APRIL 2020.

Media turut diingatkan untuk sentiasa bergerak dalam kumpulan dan menjaga jarak antara satu sama lain.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast