Darren Fletcher

LONDON – Darren Fletcher kembali ke Manchester United selepas lima tahun meninggalkan kelab itu.

Namun menurut Manchester Evening News, bekas pemain Scotland itu bukan kembali untuk menjadi sebagai salah seorang staf kejurulatihan United.

Tetapi bekas pemain tengah itu dilantik untuk menjadi duta kelab.

Sebelum ini, United pernah melakukan perkara yang sama ke atas beberapa bekas pemain seperti Dwight Yorke, Bryan Robson, dan Edwin van Der Sar.

Pengurusan  United semenjak kebelakangan ini sering mempelawa para bekas pemain untuk menyertai mereka semula meskipun bukan sebagai staf kejurulatihan.

Ini kerana mereka mahu mengembalikan budaya kelab seperti di era Alex Ferguson.

Fletcher sendiri memang sudah lama berada di Old Trafford. Dia menghabiskan kerjaya di sana selama 12 tahun (2003-2015) sebelum menyertai West Bromwich Albion. – MalaysiaGazette