PULAU PINANG – Ini bukan kelawar atau makhluk ganjil, tetapi kubong!
Sebuah video yang dirakamkan di Air Itam, Pulau Pinang mencetuskan perbincangan mengenai haiwan kecil dalam rakaman.
Video itu terutamanya mencetuskan perhatian kerana haiwan menyerupai kelawar itu menjerit secara kuat.
Seorang kanak-kanak kedengaran meminta supaya haiwan itu dikurungkan kerana bimbang ia menggigit manusia, tetapi seorang wanita mahu membantu haiwan itu dilepaskan.
Kwong Wah Yit Poh yang melakukan semakan dengan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) di Pulau Pinang mengesahkan “mahkluk ganjil bersuara lantang” itu ialah seekor kubong yang juga dikenali kubong lumut.
Haiwan mamalia dengan nama saintifik Galeopterus Variegatus Audebert itu merupakan haiwan yang dilindungi.
Kubong

Pegawai itu berkata, orang ramai yang menjumpai kubong yang cedera perlu menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Katanya, demi keselamatan, mereka yang ingin membantu kubong harus menggunakan tuala atau sarung tangan ketika menyentuhnya.
“Mereka yang telah menyentuhnya harus membasuh tangan dengan sabun,” kata pegawai itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.