TERKINI : Amat SEDIH…Orang Ramai Tak Dapat Nikmati Bubur Lambuk Kg Baru – Ketua Tukang Masak

Masjid Jamek Kampung Baru sering menjadi tumpuan umat Islam di ibu kota pada setiap bulan Ramadan untuk mendapatkan bubur lambuk.

Kebiasaannya bubur lambuk itu akan diedarkan selepas solat Asar dan suasana meriah dapat dilihat apabila orang ramai beratur panjang mengambil giliran bagi mendapatkan makanan yang menjadi kegemaran peminatnya sebagai juadah berbuka puasa.

Menurut Ketua Tukang Masak, Zainal Abidin Abdul Hamid, 65, biasanya perkakasan dan peralatan yang hendak diguna untuk menyedia bubur berkenaan sudah siap diatur dan dibersihkan sejak awal lagi.

Katanya, ini merupakan kali pertama bubur lambuk tidak dapat diedarkan kepada orang ramai khususnya penggemar makanan itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast