Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menentukan sebarang tindakan ke atas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan difahamkan sudah ada laporan polis dibuat ke atasnya.

“Sesiapa saja kena diambil tindakan, tiada siapa boleh atasi undang-undang. Bagaimanapun, saya difahamkan sudah ada laporan polis terhadap kes itu dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Datuk Dr. Noor Azmi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai dengan Exco Kerajaan Perak, Razman Zakaria mengadakan kunjungan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Pada program itu, berlaku aktiviti makan secara berjemaah dan bersalam dalam acara penyerahan saguhati.

Dr. Noor Azmi turut memuatnaik program itu menerusi akaun Facebooknya dengan memaparkan beberapa keping gambar beliau bersama rombongan mengunjungi maahad tahfiz. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Agak2 ler yb klu ya pun nk buat amal..bnyk lg cara lain bkn membahayakan org lain..mcm ni ke contoh yg harus yb tunjukkan kpd rakyat..seharusnya yb peka dgn keadaan semasa jgn salah guna kelebihan yg ada tu, musuh sentiasa melihat dan mencari kesalahan..jgn sebab nila setitik rosak susu sebelanga yb.

  2. Bukan calang2 orang ni. Ini Timb. Menteri Kesihatan! You make the rules you flout it! Errgh sorry! This moron is a “hijacker” , nobody voted him.

  3. Buat malu sahaja, YB tolong letak jawatan atau anda akan di pecat kerana kebodohan sendiri.

  4. Sepatutnya kedua-dua YB TMK1 dan Exco negeri Perak tu diambil tidakan dan meletakkan jawatan. Jgn ingat anda berdua kebal undang2. Klu kami rakyat yg susah ini boleh patut kepada arahan kerajaan semasa PKP kenapa kamu berdua bersama rombongan kamu gagal patuh kepada arahan. Kami yg golongan marhaen ini kalau berkerja pun mesti mendapat surat kelulusan majikan, kamu YB2 boleh dan sempat lagi menjamu selera masakan kampung. Kami yg rakyat marhaen terpaksa mencatu makanan kerana bimbang apakah ada lagi pekerjaan kepada kami selepas tamat PKP.
    TOLONG BERUNDUR YB-YB KERANA PERBUATAN KAMU MERENCATKAN DAN MEMPERLEKEHKAN USAHA PM & KERAJAAN UNTUK MENGHENTIKAN PENULARAN WABAK COVID19. BERUNDURLAH JIKA KAMU BERDUA BERMARUAH

  5. Ramai org marah kpd timbalan menteri, tapi dah lupa pm dulu lah yg membenarkan pelancung masuk dn juga membenarkan rakyat keluar dn balek ke negara tanpa memikir kan risiko boleh bawa virus.
    Atas perbuatan PM dn cabinet dia itu lah maka virus meledak dlm negara. Inilah kesalahan yg paling besar. Tapi kenapa org yg kemudian yg hendak d hukum bersungguh2.

Comments are closed.