Asuma Mohamed Sali

KUALA LUMPUR – Exco Armada Nasional, Mohd. Ashraf Mustaqim telah membuat tuduhan yang sangat biadap apabila menuduh Presiden UMNO mencampuri urusan Perdana Menteri.

Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, Asuma Mohamed Sali berkata, Mohd. Ashraf tidak sepatutnya membuat kenyataan demikian sebaliknya, perlu menyerahkan kepada pimpinan tertinggi parti untuk dibincangkan.

“Adakah Ashraf Mustaqim mempunyai agenda tersembunyi untuk merosakkan imej Perikatan Nasional seterusnya melumpuhkan sinergi di dalam Parti Perikatan Nasional?

“Sekiranya, Ashraf Mustaqim mempunyai sebarang persoalan mengenai surat itu, beliau seharusnya menyuarakan pendapat dan persoalannya di dalam parti mereka sendiri.

“Bukannya membawa isu ini ke media dan mempolitikkannya di dalam keadaan semua parti politik sedang bersatu bersama-sama melawan Covid-19.

“Tindakan beliau itu, menunjukkan ketidakmatangan barisan kepimpinan Armada Nasional,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Asuma lagi, Ashraf perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan wajar menghormati semangat Perikatan Nasional.

Ujarnya, perkara berkenaan perlu diserahkan kepada pihak tertinggi parti dan beliau perlu mengukur baju di badan sendiri.

Dalam perkembangan sama Asuma menegaskan, isu pelantikan berkenaan seharusnya dibincang dan diperhalusi selepas negara selesai menangani krisis penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Perdana Menteri sedang membuat pelantikan demi pelantikan di dalam pentadbiran negara hingga menyebabkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpanggil untuk menyuarakan cadangannya melalui medium yang betul.

Katanya, menerima atau menolak cadangan Presiden UMNO itu adalah hak prerogatif Perdana Menteri untuk menentukannya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Maaf satu perkataan yg mudah dilafazkan, jika dgn hanya memohon ‘maaf’ maka ramai “pesalah2” – yg melanggar arahan PKP dibebaskan tanpa di dakwa. Apakah krn mereka ini ‘berpangkat’ maka cukup dgn perkataan ‘maaf’ sja, tp kpd rakyat marheim tiada maaf – tindakan perlu dikenakan! Fikir2lah…..

  2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan difahamkan sudah ada laporan polis dibuat ke atasnya. Biarlah polis jalankan kerjanya.

Comments are closed.